Pernah tak rasa gementar bila nak order air di Starbucks? Lagi-lagi bila nampak menu nama kopi yang berbagai, segala Americano, Cappuccino, Mocha, Macchiato, Latte dan lain-lain lagi.
Ini enam jenis kopi yang anda perlu tahu, barulah tak pening bila nak order kopi di kedai hipster nanti.
#1 Espresso
Espresso merupakan hidangan kopi pekat yang menjadi bahan asas dalam membuat hidangan kopi yang lain. Dibuat khas dari alat tekanan untuk mendapatkan rasa kopi yang pekat. Dihidangkan dalam kuantiti sedikit, jadi jangan terkejut kalau dapat cawan kecil.
#2 Mocha
Bagi peminat minuman coklat, anda boleh menikmati bersama kopi yang dipanggil Mocha. Kombinasi kopi dan coklat ini berasal dari Amerika hasil inspirasi dari kopi Itali ‘Bicerin’. Tidak semua kafe menyediakan rasa yang sama pada kopi Mocha, kerana ia bergantung kepada kuantiti kopi Espresso dan sirap coklat.
#3 Latte
Kalau dalam bahasa pasarnya kopi Latte dimaksudkan ‘kopi susu’. Resepi kopi Latte ini pun cukup mudah hanya 1 atau 2 shot kopi Espresso dan dicampur susu yang dikukus (steamed milk). Latte atau Cafe Latte berasal dari perkataan Perancis, Cafe Au Lait dan Latte didalam bahasa Itali bermaksud ‘susu’.
#4 Cappuccino
Jika kopi Latte dibuat dari kopi Espresso dan ditambah susu kukus, begitu juga dengan kopi Cappuccino dan ia ditambah buih susu dibahagian paling atas kopi. Cappuccino dan Latte rupanya seakan-akan sama tapi cara penyediaannya sedikit berbeza. Barista biasanya akan menggunakan mesin tekanan air untuk mendapatkan buih susu yang cantik dan banyak.
#5 Americano
Bila dilihat kopi Americano seakan sama macam kopi biasa berwarna hitam gelap. Jangan menyangka kopi yang sama gelap pun rasanya sama. Dari bahan asas yang sama iaitu kopi Espresso dan ditambah air panas, Americano menjanjikan aroma kopi yang kuat walaupun rasa kafein yang rendah. Americano disediakan dalam gelas atau cawan yang besar. Ditambah pula dengan ais, memang rasa segar!
#6 Macchiato
Sama seperti kopi Espresso tapi ini versi ditambah susu. Jika ‘kopi susu’ biasa Barista akan membancuh kopi bersama susu, berbeza dengan Macchiato, kopi akan ditambah ke dalam susu. Sebab itulah anda akan nampak kesan kopi seakan bertompok di gelas, dari situlah Macchiato mendapat namanya yang berasal dari macchia, bermaksud ‘kesan’ didalam bahasa Itali.
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.