Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, rakyat Malaysia menunjukkan kreativiti memasak, menjahit bahkan bertukang juga ada.
Pasti ramai orang mahukan pantri yang disusun cantik dan rapi. Tapi memandangkan PKP, kedai perabot seperti Ikea ditutup jadi Liyana Zainal membuat keputusan untuk menghasilkan idea pantry organization sendiri menggunakan kayu pellet pain.
Botol-botol rempah masakkan dapat juga disusun dengan rapi. Siap tampal nama bahan-bahan supaya lebih mudah nak pilih bahan ketika memasak kemudian hari.
Wah memang kreatif sungguh!
Perkongsian projek PKP ini dimuat naik oleh suami beliau di Twitter yang mendapat komen positif oleh warga net, perkongsian tersebut malah memberi idea kepada orang lain.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.