Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Ini Cara Paling Mudah Untuk Menang Duit Raya Sehingga RM26,000!

Tetapi kenalah bergaya dalam baju raya...
Editor
22 May 2020, 04:58 PM

ini cara paling mudah untuk menang duit raya sehingga rm26,000!

Kredit: Shutterstock

Bila bercerita tentang hari raya ni, ada macam-macam perkara menarik yang buatkan ramai teruja menanti bulan Syawal, setiap tahun. Betul tak? Inilah masa yang dinanti untuk berjumpa saudara mara yang jauh di mata, luang masa berkualiti dengan ahli keluarga sambil nikmati juadah lebaran sepenuh meja.

Tetapi, itu kisah lebaran tahun-tahun lalu. Tahun ini, sambutan Aidilfitri dirai berbeza dalam kebiasaan baharu. Namun, kemeriahannya tetap dapat dirasai. Iyalah, dengan kecanggihan teknologi hari ini, mereka yang terpisah beribu batu pun masih boleh berhubung secara online. Bolehlah rancang untuk video call insan tersayang raya ini ya!

ini cara paling mudah untuk menang duit raya sehingga rm26,000!

Kredit: Shutterstock

Dan lebih menarik, anda juga boleh dapat duit raya sehingga RM26,000 dengan hanya berkongsi cara anda raikan raya secara e-gathering dalam peraduan #GayaRayaBersamaTOP mulai 25 Mei hingga 7 Jun ni!

ini cara paling mudah untuk menang duit raya sehingga rm26,000!

Kredit: TOP

Macam mana caranya?

#1 Ambil gambar/video berdurasi kurang 1 minit/boomerang yang memaparkan cara anda meraikankan hari raya secara e-gathering dalam persalinan raya.

#2 Muat naik gambar/video/boomerang tadi di Instagram dengan kapsyen kreatif berserta ayat ‘TOP sentiasa bersamamu’ serta hashtag #GayaRayaBersamaTOP. Pastikan akaun anda dalam mod ‘public’.

Mudah je kan? Tiga pemenang utama akan bawa pulang duit raya bernilai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 manakala 100 peserta lagi akan membawa pulang hadiah saguhati bernilai RM200 setiap seorang. Memang ‘masyuk’!

Bukan anda je, penyampai SINAR pun ada e-gathering raya ni tau. Bezanya, dalam e-gathering tu mereka perlu selesaikan beberapa cabaran TOP berbeza. Anda boleh tengok cabaran yang mereka kena buat ni di media sosial SINAR nanti!

Dah, jangan sedih-sedih walaupun tiada keluarga di sisi... Anda boleh beraya dengan TOP yang sememangnya mengambil berat tentang anda dengan cara melindungi pakaian sehari-hari.

ini cara paling mudah untuk menang duit raya sehingga rm26,000!

Kredit: TOP

Nak baju bersih dan wangi? Guna je TOP Blooming Freshness yang memberikan kesegaran kepada pakaian anda sehingga 30 hari! Bila pakaian dah bersih dan wangi, barulah mood raya tu datang. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Layari Facebook TOP Detergent Malaysia  untuk info lanjut. Klik di sini untuk terma dan syarat peraduan!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.