Tidak ramai yang tahu cara untuk mengukur saiz cincin pada jari masing-masing, dan terpaksa pergi ke kedai barangan kemas bagi mengetahui saiz jari sebenar.
Sebenarnya ada 2 cara mudah untuk tahu saiz cincin pada jari, dengan hanya menggunakan pembaris.
Cara #1 – Ukur jari
Gunakan kertas, gunting, pembaris dan pen. Lilitkan kertas pada jari yang dikehendaki.
Selepas semak ukurannya dalam milimeter, saiz cincin adalah seperti dalam jadual dibawah.
Cara #2 - Guna cincin contoh
Cara ini boleh digunakan sekiranya anda sudah mempunyai cincin yang sesuai pada jari. Ikut saiz bulatan pada cincin diatas sekeping kertas, kemudian ukur diameter bulatan tersebut, seterusnya semak kembali saiz pada jadual diatas.
Digalakkan untuk membuat ukuran jari pada hari siang kerana jari mengembang. Biasanya juga saiz bagi cincin belah rotan adalah ½ atau 1 saiz lebih besar dari cincin bercorak keliling halus.
via GIPHY
Sumber: Vanilla Kismis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.