Cikgu Maisarah Hannan merupakan guru bimbingan dan kaunseling di Sekola Menengah Kebangsaan Konven St. Cecilia, Sandakan, Sabah. Beliau sebak bila dapat tahu pelbagai kesusahan yang dialami oleh para pelajar.
Menurut Cikgu Maisarah Hannan Chong menerusi satu halaman portal
"Setiap info yang saya dapat adalah berdasarkan sesi kaunseling bersama pelajar.”
"Sepanjang sesi ini, saya akan tanyakan soalan yang pelbagai.”
"Antaranya, 'sebelum pergi sekolah, makan atau tidak', 'makan apa', 'beras di rumah ada lagi tak', 'lauk apa yang mak masak' dan macam-macam lagi"
"Mereka tidak mampu membeli makanan di kantin...malah mereka juga tidak membawa bekal daripada rumah kerana faktor kemiskinan"
"Ramai antara mereka yang tak makan sebelum ke sekolah. Ada juga antaranya yang hanya makan nasi dengan garam.”
Beliau nekad untuk membantu murid-murid tersbut dengan memberi makan percuma setiap hari.
"Projek makanan percuma ini bermula pada Mac 2018 dengan sumbangan makanan sebanyak 15 hingga 20 pek makanan sehari.
"Alhamdulillah, bilangan tersebut makin bertambah dan kini ia menjadi 50 pek sehari,"
Selain itu, Cikgu Maisarah juga turut memberi minuman percuma setiap hari selasa, rabu dan jumaat.
Sumber : gpsbestari
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.