Dua remaja perempuan di Scotland sanggup membahayakan nyawa sendiri demi sebuah rakaman tarian TikTok di atas sebuah istana lama setinggi 60 kaki.
Kedua remaja ini dilihat berlari sepanjang runtuhan sebuah dinding di Ravenscraig Castle yang terletak di Kirkcaldy, Scotland.
Seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan istana tersebut, rakamkan gelagat remaja-remaja tersebut dari tingkap rumahnya, dan bersangka mereka sedang membuat rakaman video TikTok yang sudah menjadi satu fenomena di seluruh dunia ketika ini.
“Mereka kelihatan sedang membuat video cabaran TikTok. Kedua mereka dilihat melakukan tarian yang sama sebanyak 10 kali,” katanya.
"Mereka seolah-olah sedang berusaha menghasilkan tarian dengan sempurna - mereka berada di situ selama satu jam lima belas minit.”
Ketika itu ada beberapa orang awam yang sedang berjalan kaki, dan tidak mahu menjerit ke arah remaja-remaja itu kerana bimbang mereka akan terkejut dan berkemungkinan akan terjatuh.
Pihak polis menasihat orang ramai supaya tidak pergi ke istana itu selepas satu insiden melibatkan seorang ramaja berusia 14 tahun yang mengalami pecah limpa serta patah tulang pelvis akibat terjatuh.
“Orang ramai sering berkunjung ke istana itu demi menikmati permandangan tetapi bukan berlari ke situ semata-mata untuk menghasilkan video TikTok.
“Ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab kerana mereka berdepan dengan risiko maut jika mereka terjatuh daripada runtuhan dinding tersebut,” katanya.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.