Kredit gambar utama: Pexels
Seorang wanita yang juga pengurus kedai minuman dari Ningbo, Zhejiang di China telah dibuang kerja kerana gagal membalas mesej di group chat yang dihantar bosnya.
Menurut berita yang dipetik TVBS, Wanita bernama Wang itu telah selesai menjalankan kerjanya dan telah berada di rumah dalam kejadian 2 Julai itu. Bosnya telah menghantar mesej di group chat pada jam 10.23 malam memintanya menghantar laporan jualan terkini, dan dalam mesej itu bosnya turut memaklumkan akan memecat Wang jika dia gagal membalas mesej tersebut dalam tempoh 10 minit.
Wang pada waktu itu telahpun tidur dan tidak menyedari mesej itu, iyalah, dah hampir pukul 10.30 malam, kan? Bosnya kemudian menghantar satu lagu mesej di dalam group chat memaklumkan Wang telah dibuang kerja kerana gagal menjawab mesej dalam masa yang diberikan.
Bayangkan kalau anda berada di tempat Wang? Terkejut ke tak jika bangun pagi je baca mesej dan dapat tahu anda telah dibuang kerja?
Tetapi disebabkan Wang beranggapan bosnya hanya bergurau, dia terus ke tempat kerjanya seperti biasa. Ketika inilah baru diketahui yang dia benar-benar telah dipecat atas alasan tidak masuk akal tu!
Kerana tidak berpuas hati, Wang mendapatkan bantuan peguam untuk membela nasibnya kerana dia percaya bosnya telah melanggar undang-undang pekerja China Dan akhirnya dia berjaya dalam kes saman dan diberi pampasan 18,000 RMB (RM10,800). Siapa yang boleh terima kalau kejadian seperti ini menimpa kita kan?
Kredit: World Of Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.