Memang tidak dinafikan bahawa pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang diberikan oleh Perdana Menteri lewat malam semalam meninggalkan sedikit sebanyak persoalan kepada masyarakat di luar sana.
Ramai yang bersangka Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah lockdown seperti mana yang dilakukan di negara Itali dan Perancis.
Bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad tampil memberi penjelasan maksud sebenar istilah kawalan pergerakan itu.
“Ini bukan perintah berkurung.
“Apabila perintah berkurung kamu tidak boleh keluar rumah, kamu tidak boleh keluar untuk membeli makanan,” katanya.
Tambahnya lagi, mengelakkan aktiviti sosial mungkin adalah penjelasan yang lebih senang untuk difahami masyarakat biasa.
“Ungkapan yang paling baik adalah elak aktiviti sosial.
“Benar ia gangguan tetapi matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epidemik,” katanya.
Bagi anda yang terlepas mendengar pengumuman penting daripada PM kita pada malam semalam, berikut adalah enam langkah yang telah disenaraikan di bawah larangan kawalan pergerakan ini.
- Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
- Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
- Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
- Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta
- Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara
- Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services).
Perintah kawalan pergerakan ini akan berkuatkuasa daripada 18 Mac sehingga 31 Mac.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: VOCKET
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.