Moscow dan St Petersburg merupakan dua bandar terbesar di rusia kini seperti bandar mati atau Zombieland selepas langkah kuarantin dilaksanakan bagi memerangi penularan wabak COVID-19.
Jalan raya yang dahulunya sesak dipenuhi kenderaan, kini sudah berubah menjadi lengang seolah-olah bandar tersebut sudah lama ditinggalkan.
Pihak berkuasa Moscow pada Rabu melancarkan sistem pas elektronik bagi setiap penduduk yang ingin keluar masuk bandar dengan menggunakan kereta atau pengangkutan awam.
St Petersburg yang mencatatkan 1,083 kes COVID-19 berbanding 16,146 di Moscow turut diberi pilihan pengasingan diri secara sukarela.
Menurut kajian Universiti Johns Hopkins, Rusia sudah mencatatkan 27,938 kes positif dengan 232 kes kematian setakat 17 April.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani / John Hopkins
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.