Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Dua Kucing Kepeliharaan Di New York Disahkan Positif COVID-19

Dua kucing di New York menjadi haiwan peliharaan pertama di Amerika Syarikat (AS) yang disahkan positif COVID-19.
Editor
24 Apr 2020, 05:22 PM

Dua kucing di New York menjadi haiwan peliharaan pertama di Amerika Syarikat (AS) yang disahkan positif COVID-19.

Pada awalnya, kedua-dua kucing tersebut mengalami simptom penyakit pernafasan, namun pemeriksaan lanjut kemudian mendapati haiwan terbabit dijangkiti koronavirus.

dua kucing kepeliharaan di new york disahkan positif covid-19

Dua kucing yang berada di lokasi berbeza itu disyaki telah dijangkiti COVID-19 daripada pemilik atau individu di sekelilingnya.

Kedua-dua kucing itu mempunyai peluang besar untuk pulih selepas diberi rawatan lanjut.

Menurut Pegawai Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, Dr. Casey Barton Behravesh yang mengesahkan kes itu meminta semua pihak supaya tidak bimbang.

dua kucing kepeliharaan di new york disahkan positif covid-19

"Kita merekodkan kes pertama haiwan peliharaan dijangkiti COVID-19 di AS. Adalah penting untuk dimaklumkan bahawa haiwan ini berkemungkinan besar dijangkiti daripada manusia.

"Sehingga kini belum ada bukti haiwan peliharaan boleh menyebarkan virus ini kepada manusia," katanya.

Pakar penyakit berjangkit AS, Dr Anthony Fauci, berkongsi pendapat sama dan menegaskan tiada bukti menunjukkan virus itu boleh disebar dari haiwan peliharaan kepada manusia.

Sebelum ini, seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, New York turut disahkan positif COVID-19 selepas mengalami simptom selesema.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.