Bawang merupakan bahan yang paling penting dalam apa jua masakan. Biasanya ramai akan mengelat apabila disuruh untuk mengupas atau potong bawang kerana ia memedihkan mata.
Tapi apa punca sebenarnya yang membuatkan mata kita berair ketika mengupas bawang? Enzim yang terdapat di setiap lapisan bawang akan menyerap ke udara ketika dikupas dan boleh menyebabkan mata pedih sehingga mengeluarkan air mata.
via GIPHY
Sebenarnya ada beberapa cara mengupas bawang tanpa rasa pedih yang ramai orang tak tahu.
- Kupas bawang dalam air
Rendam bawang dalam bekas berisi air dan kupas bawang di bawah permukaan air. Dengan cara ini, enzim yang merembes tidak akan berterbangan di udara.
- Sapu pisau dengan jus lemon terlebih dahulu
Sebelum nak kupas atau potong bawang, sapukan sedikit jus lemon pada pisau anda. Ini dapat membantu membunuh enzim yang dirembes.
- Simpan bawang dalam peti
Sebaiknya simpan bawang dalam peti ais sebelum digunakan, ini disebabkan ia akan melambatkan proses enzim bawang menjadi gas yang boleh memedihkan mata saat dipotong.
- Memotong bawang di tempat terbuka
Sebenarnya dengan cara ini paling selamat sebab angina yang bertiup akan mengalihkan enzim yang dirembes ke tempat lain. Oh patut la, masa rewang dikampung makcik-makcik yang memotong bawang itu rancak bersembang.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.