Susulan penularan wabak COVID-19, ramai individu menjalani kuarantin di lokasi terkawal termasuklah pusat kuarantin yang disediakan kerajaan. Namun, enam pelancong asing ini ditemui bersembunyi di sebuah gua di daerah Rishikes, ke utara India.
Menurut jurucakap polis negeri Uttarakhand, Mukesh Chand kesemua pelancong tersebut dipercayai sudah hampir sebulan menjadikan lokasi tersebut sebagai 'pusat kuarantin' mereka.
Sebelum ini, pelacong yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita dari Perancis, Turki, Ukraine, Amerika Syarikat dan Nepal menginap di sebuah hotel, oleh kerana kehabisan wang, mereka terpaksa berlindung di gua tersebut.
“Mereka tinggal di gua tersebut sejak 24 Mac lalu dan polis menemui mereka pada Ahad. Mereka kemudian dipindahkan ke Swarg Ashram dekat Rishikesh.
“Kami telah mengarahkan mereka menjalani kuarantin selama dua minggu sebagai langkah berjaga-jaga. Namun, kumpulan tersebut kelihatan sihat,” katanya seperti dilaporkan CNN.
Jelas Mukesh, kumpulan pelancong tersebut hanya menggunakan baki wang yang ada untuk membeli makanan dan barangan keperluan.
Terdahulu, kerajaan India melanjutkan perintah berkurung dari 14 April kepada 3 Mei.
Pihak berkuasa India turut melancarkan laman web “Terkandas di India”bagi menghulurkan bantuan kepada warga asing yang terkandas di negara itu sepanjang tempoh perintah berkurung.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.