Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Sertai Pertandingan Esei Sunway-Oxbridge 2018 & Menangi Hadiah Keseluruhan Bernilai Lebih RM200,000

Hantarkan penyertaan sekarang!
Editor
26 Mar 2018, 01:35 PM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Adakah anda pelajar sekolah menengah di Malaysia? Suka menulis esei? Atau anda kenal mana-mana pelajar sekolah menengah yang berbakat menulis esei? Inilah peluang untuk menghantarkan penyertaan dan memenangi dermasiswa Sunway College bernilai sehingga RM190,000, hadiah wang tunai bernilai sehingga RM28,000, dan nilai mata Sunway PALS sehingga 260,000 dalam pertandingan menulis esei anjuran Sunway Group dan Oxford and Cambridge Society Malaysia.

Pertandingan yang mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia ini telah menarik hampir 10,000 penyertaan dari para pelajar seluruh negara sepanjang empat tahun penganjuran!

sertai pertandingan esei sunway-oxbridge 2018 & menangi hadiah keseluruhan bernilai lebih rm200,000

Terdapat dua kategori yang dipertandingankan, iaitu Kategori A untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 dan Kategori B untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Bagi kategori A, peserta perlu menulis antara 200 hingga 350 patah perkataan tentang “How would you like to see your city, town, or village change by 2050?”. Peserta kategori B pula perlu menghantar esei 500 hingga 650 patah perkataan tentang “What is your vision for Malaysia in 2050? What is your role to achieve it?”.

Sempena tahun kelima penganjuran ni, jom tambah jumlah penyertaan Pertandingan Esei Sunway-Oxbridge. Anda hanya perlu hantar SATU esei karya asli secara online di http://sunway.com.my/essay/.

Juri akan memilih beberapa peserta terbaik untuk ke pusingan seterusnya yang bakal berlangsung pada 9 Jun. Pusingan kedua ini memerlukan peserta menulis esei secara onsite di beberapa lokasi secara serentak. Tiga orang pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan di website dan melalui email pada 18 Jun 2018.   

Pemenang hadiah utama untuk setiap kategori akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan dermasiswa tajaan Sunway bernilai RM26,000 setiap seorang. Tempat kedua pula membawa pulang wang tunai RM3,000 dan dermasiswa tajaan Sunway bernilai RM15,000 manakala pemenang tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan dermasiswa tajaan Sunway bernilai 10,000 setiap seorang. Ketiga-tiga pemenang utama turut membawa pulang trofi kemenangan dan sijil penyertaan.

10 pemenang saguhati pun tak pulang dengan tangan kosong. Anda bakal bawa pulang wang tunai RM500, dermasiswa tajaan Sunway bernilai RM5,000, sijil penyertaan, trofi dan 10,000 mata ganjaran Sunway Pals.  Sekolah dengan penyertaan terbanyak juga akan diberikan hadiah khas.

Apa tunggu lagi? Jom mula menulis esei dan hantarnya segera bermula 26 Mac atau sebelum tarikh tutup penyertaan pada jam 1 petang, 24 April 2018! Layari http:// sunway.com.my/essay/ untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us