Selalunya anggapan orang ramai, pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) ini hanya dipakai oleh petugas kesihatan.
Nampak gayanya tidak, di Filipina penumpang pesawat turut diwajibkan memakai PPE untuk menaiki penerbangan.
Perkara tersebut dilaksanakan selepas kes di negara itu menunjukkan lonjakan sehingga lebih 500,000 kes.
Bahkan, pertambahan kes itu berlaku ketika Filipina berdepan kritikan kerana gagal membuat keputusan dalam memperoleh vaksin COVID-19.
Setakat Isnin lalu, Filipina merekodkan sebanyak 2,163 kes jangkitan baharu menjadikan jumlah kini 502,736, kedua tertinggi di Asia Tenggara dengan 9,909 kes kematian.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.