Barisan petugas hadapan Malaysia memberi kata-kata semangat kepada rakan-rakan frontliners negara jiran, Indonesia apabila dakwaan yang menyatakan ada yang sudah berputus asa dalam memerangi wanak COVID-19.
Gambar frontliner yang menulis kata-kata semangat di baju dan sarung tangan itu tular sejak semalam.
Perkara itu sekali gus membuatkan orang ramai tersentuh, khususnya rakyat Indonesia.
Bahkan, ini telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia untuk sama-sama memberi kata-kata semangat kepada mereka yang disertai dengan tanda pagar #IndonesiaBisa.
Sebelum ini, isu putus asa petugas barisan hadapan Indonesia mula tular di laman sosial selepas wujudnya tanda pagar #IndonesiaTerserah
Perkara ini dipercayai dimulakan oleh seorang petugas barisan hadapan di Indonesia pada 15 Mei lalu bagi meluahkan kekecewaan terhadap masyarakatnya yang gagal mematuhi penjarakan sosial dan membuat protes kepada polis, melarang mereka pulang ke kampung semasa perayaan Aidilfitri.
Sumber: Twitter / Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.