Kredit: HUAWEI
Rasa bosan dan kesunyian sepanjang PKP ni? Jangan risau, peranti terbaharu HUAWEI iaitu siri P40 boleh jadi peneman setia anda sepanjang berada di rumah!
Lepas ni bolehlah asah bakat fotografi anda, belajar dalam talian, atau bervideo call dari rumah dengan keluarga atau kawan-kawan yang jauh dengan tujuh fungsi hebat MEETime yang terdapat pada Siri P40 ni:
#1 Buat panggilan video yang berkualiti tinggi
Sepanjang PKP ni, cara yang terbaik untuk kekal berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan dah tentunya panggilan video, dan fungsi MEETime yang terdapat pada P40 ialah solusinya! Dikuasakan oleh EMUI, ia menyokong sehingga 1080p panggilan video di antara peranti HUAWEI, termasuklah di kawasan dengan isyarat WiFi yang lemah.
#2 Berhubung dengan lebih mudah dengan ‘real-time’ perkongsian skrin
Kredit: HUAWEI
Mereka yang bekerja dari rumah mungkin berhadapan dengan cabaran dalam berkomunikasi atau menyelesaikan sesuatu projek. Dengan fungsi MEETime yang membolehkan pengguna membuat panggilan video sambil berkongsi skrin masing-masing, ia akan memudahkan lagi urusan.
Selain itu, perkongsian skrin ini juga memudahkan pengurus projek serta para pereka dalam memperkongsikan idea atau hasil kerja kepada rakan sekerja dengan mudah.
Bukan tu je, buat anda yang kaki shopping atau suka lawak yang pelik-pelik, lepas ni senanglah nak kongsi terus gambar OOTD atau meme yang kelakar masa tengah video call!
#3 MEETime bersama-sama
Kredit: HUAWEI
Teknologi yang terdapat pada peranti HUAWEI ni memberikan anda kebebasan dalam menggunakan peranti pihak ketiga bagi menjalankan panggilan video. Sebagai contoh, anda boleh sambungkan peranti HUAWEI dengan kamera conference Kandao Meeting 360°.
Selain tu, anda juga boleh sambungkan peranti HUAWEI dengan kamera drift action Ghost 4K yang boleh merakam aksi lasak anda dengan lancar semasa berada di luar.
#4 Adaptasi rangkaian
Dalam situasi seperti rangkaian yang lemah, MEETime menggunakan teknologi resolusi yang berkuasa bagi menggantikan kualiti video yang hilang disebabkan oleh rangkaian yang tidak kuat.
Tambahan lagi, HUAWEI juga telah melancarkan Link Turbo pada tahun lalu, di mana ia menggabungkan isyarat WiFi dan LTE untuk memberikan kelajuan muat turun yang lebih pantas.
Kredit: HUAWEI
Link Turbo menganalisa sifat penggunaan data oleh pengguna dan keadaan rangkaian secara automatik untuk menyelesaikan masalah yang ada.
HUAWEI MEETime memakai teknologi yang sama - ia secara automatik beralih antara Wi-Fi kepada data secara automatik berdasarkan kualiti sambungan tanpa gangguan.
#5 Video kekal terang walaupun dalam pencahayaan rendah
Kredit: HUAWEI
Dengan optimisasi dan teknologi pengesanan wajah, MEETime membolehkan anda membuat panggilan video yang kekal terang walaupun dalam pencahayaan yang rendah. Lepas ni nak bervideo call dalam bilik yang gelap pun takde hal.
#6 Mudah digunakan
HUAWEI MEETime sangat mudah digunakan kerana ia direka mesra pengguna. Kalau nak guna, anda hanya perlu sign in dengan HUAWEI ID, pilih contact yang hendak dihubungi (yang mempunyai peranti yang sepadan), dan sentuh butang video call untuk buat panggilan.
#7 Semua panggilan adalah selamat dan dilindungi
HUAWEI MEETime telah diperisaikan dengan sistem penyulitan yang kukuh. Semua panggilan audio dan video yang dibuat akan dilindungi serta-merta. Tak perlu risau kalau ada yang mencuri dengar.
Kredit: HUAWEI
Tak sabar nak dapatkan peranti terbaharu HUAWEI dengan fotografi dan rangkaian yang terbaik ni?
Kalau nak beli P40 yang berharga RM2,799 atau P40 Pro yang berharga RM3,899 ni, sila layari:
Jom beli sekarang!
Untuk info lanjut tentang HUAWEI AppGallery, layari di sini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.