Seorang gadis berusia 19 tahun meninggal dunia selepas setahun koma akibat kecederaan otak.
Pada 1 Ogos 2019, Emmalyn Nguyen mengalami kecederaan otak selepas dibius untuk menjalani pembedahan membesarkan payudara.
Keadaan beliau menjadi semakin teruk pada 2 Oktober lalu, apabila dia mengalami pneumonia dan meninggal dua hari kemudian.
Sebelum itu, keluarga mangsa turut memfailkan tuntutan kes terhadap seorang doktor dan pakar bius atas kecuaian mereka dalam kes itu.
Kenyataan daripada keluarga mangsa menyatakan bahawa tuntutan tersebut bukan sahaja bagi mencari keadilan buat mereka bahkan ia merupakan satu langkah untuk mengelakkan individu lain berhadapan nasib yang sama.
Selepas insiden tersebut, lessen perubatan doktor berkenaan digantung buat sementara dan kini sudah disambung semula.
Namun, pakar bius berkenaan pula bersetuju untuk tidak lagi bekerja dalam bidang itu tetapi masih dibenarkan bertugas dalam lapangan kejururawatan.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.