Seorang gadis dari Texas, Amerika Syarikat mencuri tumpuan dunia apabila memecah rekod dengan memiliki kaki terpanjang.
Pengiktirafan itu dikeluarkan sendiri oleh Guiness World Record.
Memetik laporan CNN, Maci Currin berusia 17 tahun memiliki kaki kiri sepanjang 135 cm manakala 134 cm pada sebelah kaki kanan.
Ketinggian seluruh badan Currin pula mencecah 208 cm.
Bagi Currin, harapannya selepas menerima pengiktirafan ini adalah supaya memberi inspirasi kepada semua wanita atau remaja yang mempunyai badan yang tinggi.
“Saya harap semua menganggap ketinggian dimiliki mereka sebagai satu keistimewaan dan bukannya kekurangan.
"Anda semua tidak harus malu sebaliknya perlu berbangga dengan apa yang dimiliki.
"Saya sendiri tak ambil peduli apa yang orang sekeliling fikir tentang saya," katanya.
Populariti Currin kini semakin meningkat naik di platform media sosial Instagram dan TikTok.
Menerusi kedua-dua platform berkenaan, Currin juga dilihat sering berkongsi pelbagai video untuk memberi inspirasi kepada pengikutnya untuk yakin dengan bentuk badan mereka.
Sumber: CNN / Metro UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.