Kalau otak dah kreatif, macam-macam boleh terjadi! Sekarang ni trending di media sosial mengenai kek ilusi. Seakan-akan nampak macam objek biasa tetapi jika dipotong ternyata itu adalah kek!
Seorang pembuat kek, Natalie Sideserf, bukan sahaja pakar menghasilkan kek ilusi yang hampir sempurna, tetapi kreativitinya kini melangkau satu langkah di hadapan apabila menghasilkan kek wajahnya sendiri.
Natalie sudah menjadi satu sensasi di media sosial dengan hampir 200,000 pengikut di Instagram, menghasilkan kek tersebut kerana ingin mencabar kebolehan diri sendiri.
Untuk menyiapkan kek tersebut, Sideserf menggunakan beberapa keping gambar potret wajahnya dari setiap sudut, bagi memastikan setiap perincian dapat dibuat dengan sebaik mungkin.
Pemilik Sideserf Cake Studio di Texas ini menggunakan bahan-bahan seperti modelling chocolate, yellow cake dan buttercream vanila bagi menghasilkan 'ukiran' kek tersebut.
Sideserf mula menggelarkan dirinya sebagai seorang baker pada tahun 2008, sebaik sahaja tamat pengajian di Ohio State University. Dia turut akui bahawa proses menghasilkan kek ilusi bukan satu perkara yang mudah dilakukan.
"Mungkin kerana rekaan itu nampak sangat real, ramai beranggapan saya menambah kek dalam rekaan saya, contohnya jika kek itu berbentuk buah mereka akan berkata saya meletakkan kek di dalam buah itu.
"Sekiranya reka bentuknya terlalu rumit, saya perlu buat lakaran merangkumi blueprint struktur dalamannya terlebih dahulu," katanya dalam temubual bersama Forbes, Julai lalu.
Selain kepuasan melihat kek yang dihasilkan menepati gambaran, Sideserf mengakui cukup teruja setiap kali melihat reaksi orang ramai terhadap keknya.
"Orang ramai kebiasaannya cepat membuat kesimpulan, mereka nampak luaran sahaja. Apabila kek dipotong dan ia bukan apa yang mereka fikirkan, reaksi mereka melucukan," ujarnya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.