Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia termasuklah Malaysia, terdapat dua individu yang dianggap sebagai wira negara oleh kerana kepimpinan mereka dalam usaha membendung dan memerangi wabak tersebut di negara ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang sentiasa dinantikan kehadirannya di kaca televisyen rakyat Malaysia bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai keadaan negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.
Kepimpinan dan ketokohan mereka menjadi sumber inspirasi kepada seorang pengkarya seni, Mohd Asri Zawawi dengan menghasilkan lukisan potret digital kedua pemimpin tersebut.
Lukisan yang dihasilkan dengan sangat teliti sehingga seakan-akan nampak seperti gambar asal itu dikongsikan di laman Facebook dan Instagram miliknya.
Rata-rata warga net amat kagum dengan bakat Mohd Asri dan memuji hasil karyanya yang menarik.
Sebelum ini, Mohd Asri pernah melukis potret digital ikon tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Ramli Sarip, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Yuna.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.