Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

#Throwback 38 Tahun Bersama Hero ‘Sado’ Pujaan Ramai, John Rambo

Ada yang tak kenal hero ni ke?
Editor
13 Sep 2019, 05:00 AM

#throwback 38 tahun bersama hero ‘sado’ pujaan ramai, john rambo

Kredit: Oneworld Alliance Film

Tanyalah anak-anak era 70-an, 80-an dan awal 90-an, mereka pasti kenal dengan hero yang satu ni. Hampir 4 dekad dihidangkan dengan aksi kamikaze hero pujaan sepanjang zaman, bermula dari Rambo: First Blood (1982), Rambo: First Blood Part II (1985), Rambo III (1988) dan Rambo (2008).

Kini perjuangan John Rambo sampai ke penghujung menerusi sekuel terakhir Rambo: Last Blood (2019)!

#throwback 38 tahun bersama hero ‘sado’ pujaan ramai, john rambo

Kredit: Wikipedia

Dalam sekuel terakhir ini, Rambo kembali ke pondok ayahnya di Arizona yang penuh dengan duka serta trauma kerana pengalaman pahit perang sebelum bergerak ke medan tempur sekali lagi apabila anak pembantu rumahnya diculik di Mexico.

Rambo bergabung dengan Carmen Delgado, seorang wartawan yang sering membongkar sindiket dadah di Mexico yang turut kehilangan adik tirinya, untuk menumpaskan penjenayah dan menyelamatkan gadis-gadis ini.

Untuk #TeamJohnRambo anda tentu familar dengan evolusi Rambo sejak filem pertama hingga sekarang. Kongsikanlah dengan kami. Buat yang baru pertama kali dengar nama ikonik ni, kami kongsikan 5 fakta ini untuk anda!

#1

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sly Stallone (@officialslystallone) on

Sylvester Stallone, satu-satunya pelakon yang memegang watak John Rambo sejak sekuel pertama lagi. Hampir 4 dekad jadi Rambo, dari usia 36 tahun hingga kini 73 tahun!

#2

Watak Rambo ni cukup ikonik. Dahlah menggunakan pelakon yang sama, penampilannya pun sama. Siapa yang tak kenal dengan dengan lelaki bertubuh kekar, berambut separas bahu yang memakai bandana di kepala?

Tetapi dalam sekuel terakhir ni, Rambo tampil dengan imej berambut pendek, sesuai dengan pertambahan usia.

#throwback 38 tahun bersama hero ‘sado’ pujaan ramai, john rambo

Kredit: Oneworld Alliance Film

#throwback 38 tahun bersama hero ‘sado’ pujaan ramai, john rambo

Kredit: Oneworld Alliance Film

#3

Sebagai veteran Perang Vietnam, Rambo terkenal dengan survival skill. Nama Rambo tu sendiri menggambarkan seorang yang hati kering, mampu berdepan bahaya seorang diri, kekar, agresif dan kuat.

Anda boleh lihat kehebatan Rambo walau di latar tempat berbeza.  Jika filem Rambo: First Blood Part 1 latar tempatnya di sebuah pekan kecil di Washington, filem kedua Rambo: First Blood Part 2 pula di Vietnam dan Thailand, Rambo III pula di Aghanistan, Rambo di Myanmar dan sekuel terakhir ini pula di Mexico.

#throwback 38 tahun bersama hero ‘sado’ pujaan ramai, john rambo

Kredit: Oneworld Alliance Film

#throwback 38 tahun bersama hero ‘sado’ pujaan ramai, john rambo

Kredit: Oneworld Alliance Film

#4

Selain machine gun dan busur, Rambo juga terkenal dengan pisau. Pisau yang digunakan Rambo juga berbeza dalam setiap filem. Dari pisau kecil kepada pisau besar yang panjang dan tajam.

#throwback 38 tahun bersama hero ‘sado’ pujaan ramai, john rambo

Kredit: Oneworld Alliance Film

#5

Rambo: First Blood Part 1 dikatakan mempunyai jalan cerita paling ‘kejam’ dan Rambo III pula pernah tersenarai Guinness World Record 1990 sebagai filem paling kejam yang pernah dihasilkan!

Filem pertama Rambo hanya melibatkan 1 sahaja kematian manakala Rambo III pula sebanyak 132 nyawa berbanding Rambo: First Blood Part 2 (67 nyawa) dan Rambo 4 (254 nyawa). Berapa agaknya bilangan nyawa yang terkorban dalam sekuel terakhir ini?

#throwback 38 tahun bersama hero ‘sado’ pujaan ramai, john rambo

Kredit: Oneworld Alliance Film

Sudah tentu ramai yang teruja menanti aksi John Rambo dalam sekuel terakhir ni kan? Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum filem ini ditayangkan di pawagam pada 19 September. Sementara tu, jom layan trailer ini. Mantap, kan?

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.