Jika anda sudah berada dalam sesebuah perhubungan dalam tempoh masa tertentu dan berat badan anda naik mendadak, anda sebenarnya gembira dalam perhubungan itu.
Ia disahkan oleh sekumpulan saintis dari Southern Methodist University yang menjalankan kajian keatas 169 pasangan yang baru berkahwin selama tempoh empat tahun dan merekodkan berat, tinggi, kepuasan, tekanan dan keputusan untuk bercerai.
via GIPHY
Hasil kajian menunjukkan, mereka yang kurang bahagia dalam perhubungan akan cuba untuk mengurangkan berat badan. Ia dikaitkan dengan teori bahawa mereka cuba untuk menarik perhatian pasangan baru. Berbeza dengan mereka yang bahagia dalam perhubungan, golongan ini kebanyakkannya tidak kisah lagi dengan penampilan diri sendiri.
Sumber: The Hearthy Soul
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.