Anda seorang yang suka membebel atau berleter? Jangan risau mungkin ini boleh membawa kebaikan pada pasangan ataupun anak-anak anda.
Tahukah anda ada kajian yang dilakukan oleh Universiti of Essex di England didapati bahawa anak yang didesak oleh ibu atau bapa ketika kecil, berkemungkinan besar akan menjadi lebih berjaya berbanding anak yang ibu bapa mereka tidak berbuat sedemikian.
Penelitian keatas 15,500 gadis remaja, berusia 13 dan 14 tahun sejak dari 2004 sehingga 2014 mendapati, anak yang didesak oleh ibu mereka, selalunya diletakkan standard tinggi dan lebih ramai anak ini berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej dan memiliki gaji besar ketika sudah dewasa.
Tambah lagi, anak yang didesak ini mempunyai kurang masalah sosial.
Sumber: Womansday
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.