Tujuh minggu sudahpun berlalu sejak Itali melaksanakan sekatan bagi membendung penularan wabak COVID-19, negara tersebut sedang menggariskan pelan untuk melonggarkan sekatan itu.
Menurut Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte memaklumkan sekatan akan mula dilonggarkan pada 4 Mei depan.
Pengumuman tersebut dilakukan apabila Itali mencatat 333 kematian akibat COVID-19.
Ia menjadikan kes kematian di Itali meningkat kepada lebih 26,000 iaitu rekod yang tertinggi di Eropah.
Di bawah peraturan baharu, rakyat dibenarkan melawat keluarga tetapi di dalam jumlah yang kecil.
Taman awam, kilang dan tapak pembinaan juga akan dibuka semula.
Sekolah bagaimanapun kekal ditutup sehingga September.
Selain Itali, Switzerland dan Sepanyol turut mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.