Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Jom Mengembara Ke Dunia Pilihan Anda Dengan…

Sehingga 60,000 pilihan untuk dinikmati!
Dayana Sobri
01 Mar 2021, 08:00 AM
jom mengembara ke dunia pilihan anda dengan…
Kredit: comfreak/Pixabay


Mungkin ada di antara anda yang rasa terkekang di rumah sepanjang musim pandemik ni. Walaupun terperap di rumah, jangan biarkan ia menghalang anda daripada mengembara ke dunia pilihan anda! Kuasa terletak di tangan anda, dan anda boleh pilih untuk mengembara ke mana saja dengan Astro Go melalui 60,000 video on demandnya! Banyak tu!

Dunia apa saja yang boleh anda terokai? Antaranya ialah:
 

#1 Dunia yang penuh misteri dan tanda tanya

jom mengembara ke dunia pilihan anda dengan…
Kredit: Astro

Siapa sangka hantu boleh meminta pertolongan dari manusia? Filem Hantu Bonceng 2.0 yang dibintangi Zizan Razak sebagai pelakon utama ni mengisahkan tentang sekumpulan anak muda yang tersadai di perjalanan, lalu diundang oleh seorang wanita misteri untuk menginap di sebuah hotel yang usang dan diuruskan oleh para pekerja yang berkelakuan aneh. Anda boleh strim di Astro GO!
 

#2 Dunia yang dikuasai penjenayah

jom mengembara ke dunia pilihan anda dengan…
Kredit: Astro

Kadang-kadang niat yang baik dan rasa ingin tahu yang mendalam boleh membawa padah. Filem Petaka mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Sham yang ingin menyara keluarganya setelah bapanya meninggal.

Dia diterima kerja sebagai pemandu lori yang harus berulang-alik menghantar barangan, dengan syarat dia tidak boleh melihat apa barangan tersebut sama sekali. Namun atas rasa ingin tahu yang kuat, Sham telah melanggar perjanjian tersebut dan apa yang dilihatnya amat mengejutkan. Anda juga ingin tahu apakah barangan tersebut? Strim Petaka di Astro GO!
 

#3 Dunia yang penuh ceria dengan nyanyi-nyanyian

jom mengembara ke dunia pilihan anda dengan…
Kredit: Astro

Masa hujung minggu, boleh ajak anak-anak di rumah tengok Konsert Didi & Friends yang terbaharu. Ada Yuna, Altimet, Hael Husaini dan ramai lagi! Jom pergi ke dunia yang penuh keriangan dan sertai Didi & Friends bernyanyi dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends! Strim Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends di Astro GO.
   

#4 Dunia yang dijajahi pelbagai bangsa hantu

jom mengembara ke dunia pilihan anda dengan…
Kredit: Astro

Jom singgah ke Kampung Pisang jika anda ingin berdepan dengan pelbagai bangsa hantu, seperti hantu Kak Limah, pocong, makhluk asing, zombie, orang minyak, hantu sungai, serigala jadian, hantu rempit, dan toyol! Strim siri premium Astro Originals ini di Astro GO!
 

#5 Dunia yang penuh dengan tipu daya



Niat ‘baik’ dalam membantu teman rapatnya untuk lulus dalam peperiksaan telah mengundang padah kepada Lynn, watak utama yang dilakonkan oleh Daiyan Trisha ini. Filem Projek Anchor SPM mengisahkan tentang seorang pelajar pintar yang menawarkan khidmatnya dengan menjual jawapan ujian. Anda boleh strim drama premium Astro Originals ini di Astro GO bermula 15 Mac.
   

Mengembara tanpa sempadan dengan Astro Go pada bila-bila masa

jom mengembara ke dunia pilihan anda dengan…
Kredit: Astro Go

Dengan aplikasi Astro Go, kini anda boleh strim pada bila-bila masa di mana jua dengan 60,000 video on demand dan lebih 100 saluran TV, sehingga empat peranti. Buat para pelanggan yang baru, anda boleh mula strim rancangan Astro sebelum Astro Box anda dipasang.

Tiada data? Tak mengapa. Muat turun saja rancangan kegemaran anda dan tontoninya offline di mana jua. Kalau tak mahu ketinggalan rancangan yang digemari, anda juga boleh merekod semua program yang ingin ditonton dalam masa yang sama! Nikmati 200 jam Cloud Recording secara PERCUMA!

jom mengembara ke dunia pilihan anda dengan…
Kredit: Astro Go

Nak guna app ni pun mudah. Anda boleh cari tayangan apa yang ingin ditonton dengan senang dan pantas dengan menaip tajuk, nama pelakon, nama pengarah, nama atau nombor saluran.

jom mengembara ke dunia pilihan anda dengan…
Kredit: Astro Go

Sekarang ni, Astro sedang mengadakan kempen di mana anda boleh dapat satu filem komplimetari Astro First atau Astro Best bila anda hubungkan akaun Astro anda ke aplikasi Astro GO. Memang mudah, ikut sahaja langkah di bawah ini (tertakluk terma & syarat):

jom mengembara ke dunia pilihan anda dengan…
Kredit: Astro Go

Aplikasi Astro Go ni percuma buat semua pelanggan Astro. Anda boleh muat turun Astro Go di App Store, Play Store atau Huawei AppGallery. Untuk info lanjut, layari laman web Astro Go.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.