Semakin anak membesar, semakin banyak karenah dan permintaan dari anak - anak. Biasalah semakin pandai mereka berfikir makin banyak lah permintaan yang diinginkan dan salah satunya ialah bermain telefon.
Sejajar dengan zaman sekarang, bukan sahaja orang dewasa, tetapi kanak - kanak juga sudah memiliki telefon sendiri. Namun untuk mengawal mereka untuk berhenti sering menjadi cabaran bagi setiap penjaga.
Ini kami kongsikan satu teknik lucu tetapi berkesan yang dikongsikan oleh Solly Kandee! Sabarlah anak.. Lain kali dengar cakap tau!
Boleh cuba ni untuk anak kita.
Nak kurangkan anak bermain handphone? sy cuba cara ni dan berjaya! hehehe..saya nasihat anak kalau kerap main handphone mata jadi hitam...biasa la budak2..bukan nak dengar...
jadinya..
masa tidur saya letak eye shadow hitam di matanya..ala2 macam panda gituu..bila bangun dari tidur dia tengok cermin dan menjerit ketakutan..saya katakan padanya..inilah akibat selalu bermain handphone.. rasa serba salah pun ada & kesian pun ada.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.