Kredit: Sabah Tourism/AirAsia
Tidak kiralah anda seorang yang sukakan pantai, gemar melihat pemandangan indah matahari terbenam, sukakan budaya dan seni, pencinta haiwan atau sekadar jalan-jalan cari makan, anda pasti akan jatuh cinta dengan Negeri Di Bawah Bayu ni.
Terkenal dengan Gunung Kinabalu, destinasi terbaik buat pendaki dan kecantikan dasar laut buat kaki diving dan snorkeling, Sabah memang lokasi terbaik untuk anda yang ingin lari dari kesibukan bandar.
Tak boleh nak cuti panjang? Tiada masalah... Ada banyak lokasi menarik yang boleh anda kunjungi dalam percutian singkat 3 hari 2 malam. Ni kami kongsikan itinerari 3H2M percutian di 3 bandar utama di Sabah!
#1 Kota Kinabalu (KK)
Untuk yang baru pertama kali sampai ke Sabah atau yang nak daki Gunung Kinabalu, ni lokasi yang anda kena pergi. Jangan lupa bawa baju tebal jika anda nak bermalam di Kundasang yang jaraknya lebih kurang 1 jam memandu. Memang sejuk terutamanya di kaki gunung.
Hari Pertama
Kiulu White water rafting
Kredit: John Kong/Sabah Tourism
Sungai sepanjang 15km ini merupakan sungai dengan perjalanan yang terpanjang di Borneo bagi water rafting, di mana setiap perjalanan mengambil masa antara satu jam setengah ke dua jam. Sungai ni dikategorikan dalam kelas I dan II, sesuai untuk aktiviti keluarga atau anda yang baru berjinak-jinak dengan water rafting.
North Borneo Cruise
Kredit: North Borneo Cruise/Sabah Tourism
Dah penat meredah arus sungai, apa kata anda bersantai dan nikmati makan malam sambil melihat matahari terbenam dalam kapal.
Hari Ke-2
Pulau Mantanani
Kredit: Azhari Ashraff/Sabah Tourism
Hari kedua di KK, memang rugi kalau lepaskan peluang ke pulau Mantanani untuk meneroka keindahan pantai dan pulau serta bermain sukan air. Lokasi ini terletak di Kota Belud kira-kira sejam pemanduan dari KK.
Hari Ke-3
Bukit Maragang
Kredit: Drsyncro/Sabah Tourism
Nak tengok matahari terbit dan keindahan Gunung Kinabalu dari dekat? Boleh anda rancang daki Bukit Maragang yang terletak di Kampung Mesilou Kundasang.
Mari Mari Cultural Village
Kredit: Jake Visual/Sabah Tourism
Dah penat mendaki bukit, anda boleh lepaskan lelah di Mari Mari Cultural Village. Ada macam-macam rumah tradisi Sabah yang anda boleh tengok di sini termasuklah rumah Bajau, Lundayeh, Murut, Rungus dan Dusun. Nak tengok gaya hidup seharian etnik di Sabah pun boleh.
#2 Sandakan
Selain Kota Kinabalu, anda boleh pergi ke bandar kedua di Sabah ni. Sandakan terkenal dengan kawasan hutan hujan tropika, orangutan dan kaya dengan kisah sejarah.
Hari Pertama
Lankayan Island Resort
Kredit: AirAsia
Di Sandakan juga ada lokasi untuk diving, snorkeling dan aktiviti air tau. Anda yang suka dengan aktiviti macam ni, bolehlah check in di Lankayan Island Resort.
Hari Ke-2
Ada banyak lokasi menarik untuk anda si pencinta alam. Bolehlah anda jejak lokasi-lokasi ini:
Pusat perlindungan orangutan di Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre
Kredit: Heinz Rickers/Sabah Tourism
Pusat perlindungan beruang matahari di Borneo Sun Bear Conservation Centre
Kredit: Clement Liew Ket Hin/Sabah Tourism
Pusat perlindungan monyet proboscis di Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
Kredit: Ramble and Wander/Sabah Tourism
Hari Ke-3
The Sandakan Heritage Trail
Kredit: Sabah Tourism
Untuk anda yang suka sejarah dan budaya tu, bolehlah pergi ke kawasan ini. Bukan sahaja ada Masjid Jamek yang dah berusia 100 tahun, boleh selusuri kubur peringatan William B. Pryer, orang yang bertanggungjawab membuka Sandakan. Ada banyak bangunan kolonial yang anda boleh rakam dan saksikan di sini.
Sim-Sim Ikan Bakar
Kredit: AirAsia
Memang tak sah pergi Sandakan kalau tak singgah Pasar Sim-Sim ni. Rugilah kalau tak cuba hidangan ikan dan makanan bakar di sini.
#3 Tawau
Bandar ketiga terbesar di Sabah ni terletak di pantai timur Sabah dan bersempadan dengan Kalimantan. Ada banyak pulau menarik dan makanan laut segar untuk anda.
Hari Pertama
Tawau Hills Park
Kredit: Sabah Tourism
Sebelum anda terokai pulau di Tawau ni, apa kata anda jalan-jalan cuci mata dengan kekayaan flora fauna Tawau Hills Park. Kalau anda bernasib baik bolehlah jumpa pokok tropika tertinggi di dunia!
Hari Ke-2
Pulau Bohey Dulang
Kredit: Bahrin Anuar Bin Baharudin/Sabah Tourism
Salah sebuah pulau tercantik di Sabah yang merupakan salah satu daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran. Menarik di pulau ini ada bukit setinggi 300 meter yang boleh anda daki untuk melihat pemandangan menarik dari puncak. Di sini juga ada pusat penetarasan kerang gergasi tau.
Island Hopping
Kredit: AirAsia
Ini antara aktiviti yang anda boleh buat pada hari kedua di Tawau. Rugilah kalau tak tengok sendiri kecantikan pulau-pulau di Sabah ni. Apa kata anda buat aktiviti island hopping dari Pom Pom, Mataking dan Timba Timba Island.
Bukit Tengkorak Archeological Site
Kredit: Sabah Tourism
Sebelum balik ke hotel untuk berehat, apa kata anda pergi ke pusat arkeologi Bukit Tengkorak untuk belajar sendiri sejarah Semporna.
Hari Ke-3
Teck Guan Cocoa Museum dan Cocal Village
Kredit: Sabah Tourism
Penggemar coklat pastinya tak boleh lepaskan peluang ke Muzium Koko Teck Guan ni. Semua informasi tentang coklat ada di sini.
Pasar Tawau Tanjung
Kredit: Sabah Tourism
Dah puas teroka keindahan alam, apa kata anda pergi ke Pasar Tawau Tanjung yang merupakan pasar indoor terbesar di Malaysia yang menempatkan 6,000 kedai. Selain makanan segar dan ikan bilis, bolehlah anda bawa balik amplang dan produk laut yang lain.
Fuh! Macam-macam ada di Sabah ni kan? Dahlah cantik, banyak aktiviti boleh buat dan paling penting memang syurga makanan laut!
So apa tunggu lagi? Jomlah terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. All-in untuk ahli AirAsia Big serendah RM149!
Anda boleh nikmati tawaran menarik ini jika anda tempah tiket penerbangan sekarang hingga 7 Mac 2020 untuk penerbangan sekarang hingga 30 September 2020.
Layari Sabah Tourism untuk info lanjut!