Anda mesti dah biasa tengok Remy Ishak dan Hisyam Hamid bawa watak lelaki romantik dan suami penyayang. Watak jahat pun tak kurang hebat. Tapi kali ni Hisyam Hamid, Remy Ishak, Ashraf Sinclair dan Reuben Elishama galas watak yang perlukan mereka bermain dengan aksi silat, kejar- mengejar dan menghanyun senjata...
Siapa kata senang terutama untuk pelakon yang tiada background seni mempertahankan diri macam Hisyam Hamid ni. Memang kaw kaw la kena berlatih! 2 bulan berlatih dengan latihan intensif di 10 hari terakhir bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang setiap hari di bawah 20 orang jurulatih silat dan bimbingan Pengarah Kareografi Seni Mempertahankan Diri, Cecep Arif Rahman.
Bayangkan 4 aktor hebat dari 3 negara, bergabung dalam 1 siri mini yang diarah pengarah hebat, jurukamera hebat dan team yang hebat... Memang KEBABOM la jawabnya!
Do[s]a mengisahkan 4 beradik, Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid), dan Fara (Shenty Feliziana) dibesarkan bapa tunggal dan dipaksa berlatih ilmu persilatan setiap hari sampaikan terbawa-bawa ketegangan sesama adik beradik di luar gelanggang.
Konflik timbul apabila Arian (Reuben Elishama) yang ke Kuala Lumpur untuk mencari Latif (M Nasir), bapa empat bersaudara ni berjumpa anak gadis tunggal Latif, Fara. Arian dihalau balik ke Jakarta, dan Fara bertindak mengekorinya. Mulalah episod Fara diculik dan ketiga-tiga abangnya yang datang mencari diserang tanpa sebab.
Jantung anda sure berdegup kencang tengok lakonan mantap Datuk M Nasir, Remy Ishak, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama, Tegar Satrya, Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid ni.
Tak puas tengok? Jom langgan siri mini Nusantara premium eksklusif berjudul DO[S]A di platform digital, ‘on demand’ dan Astro GO, serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First saluran 480 dan di platform NJOI. Dengan hanya RM 19.10, anda boleh nikmati kesemua 8 episod siri mini berulang kali dalam tempoh 10 hari dari waktu pembelian.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.