Alamak! Lepas ini, kena pastikan kucing peliharaan kita pun kena kuarantin. Ada kajian yang mendapati kucing boleh menjangkiti kucing lain dengan COVID-19 tanpa menunjukkan sebarang simptom.
Kajian terbaharu yang diterbitkan pada Rabu dalam New England Journal of Medicine itu dijalankan oleh Yoshihiro Kawaoka, pakar virus terkemuka dari Universiti Tokyo serta saintis lain dari Universiti Wisconsin.
Namun, menurut laporan AP, mereka mendapati masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan kucing boleh menyumbang kepada penularan COVID-19
Dalam kajian itu, pengkaji menjangkiti tiga kucing dengan virus tersebut. Kemudian meletakkan kucing-kucing tersebut untuk bergaul dengan kucing lain yang sihat. Ternyata kucing yang lain turut dikesan menjangkiti virus berkenaan.
Namun, tiada seekor kucing yang terlibat menunjukkan simptom lazim seperti perbezaan suhu badan atau kehilangan berat badan.
“Melihat kepada keperluan untuk menghentikan pandemik koronavirus ini melalui pelbagai mekanisme, pemahaman lebih mendalam tentang bagaimana kucing boleh menyebarkan SARS-CoV-2 kepada manusia adalah perlu,” kata kumpulan pengkaji itu kepada New England Journal of Medicine.
Selain itu, masih belum ada bukti yang menunjukkan COVID-19 boleh dijangkiti dari haiwan ke manusia.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.