Rubble nama si comel ini, kucing tertua di dunia malangnya telah meninggal dunia pada usia 31 tahun.
Pemilik kucing ini, Michele Heritage mendapat Rubble ketika dia masih anak kucing sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-20 tahun. Dia tidak menyangka bahawa dia akan menjadi kucing tertua di dunia pada usia 31 tahun, kalau tahun manusia kucing itu akan berusia 150 tahun.
Michele dan Rubble tidak dapat dipisahkan dan pemiliknya selalu manjakan Rubble seperti anaknya sendiri.
Kini Michele sudah berusia 52 tahun, dia percaya bahawa cintanya pada Rubble yang membantunya mencapai usia tua.
"Saya selalu memperlakukannya seperti kanak-kanak," jelasnya.
"Saya tidak mempunyai anak dan mempunyai kucing lain bernama Meg, yang meninggal pada usia 25 tahun. Sekiranya anda mengambil berat tentang sesuatu, tidak kira apa, mereka akan bertahan."
Rubble menjadi kucing tertua di dunia ketika dia berusia 31 tahun pada bulan Mei, mengalahkan Scooter, seekor kucing Siam dari Texas yang dinobatkan sebagai kucing tertua di dunia pada 2016 oleh Guinness Book of World Records yang meninggal pada usia 30 tahun.
Walau bagaimanapun, Rubble tidak pernah dikenal pasti oleh Guinness Book of Records sebagai kucing tertua di dunia. Michele menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk memecah rekod.
"Kami tidak pernah ada niat nak memecah Guinness Book of Records," kata Michele.
"Rekod itu tidak menarik bagi kami. "
Namun, rekod untuk "kucing yang paling tua" masih dipegang oleh Crème Puff yang berusia 38 tahun ketika dia meninggal dunia.
Malangnya, setelah jatuh sakit pada akhir tahun lalu, Rubble meninggal dunia sebelum dia dapat mencapai hari lahirnya yang ke-32 pada bulan Mei.
Sumber: UNILAD / People
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.