Kredit gambar utama: Pexels
Setiap hari bergelumang dengan tugasan di tempat kerja yang tak pernah habis, dah tentu teruja kalau dapat bercuti sambil menenangkan fikiran. Tapi, bila difikirkan tentang bajet, boleh ‘terbang’ semua mood bercuti, kan?
Hakikatnya tak semestinya anda perlukan bajet besar untuk bercuti tetapi kenalah bijak merencana. Banyak je lokasi menarik yang boleh ditujui dengan bajet kecil. Antaranya, lokasi unik dengan elemen berbeza seperti pantai, tempat bersejarah, gunung-ganang dan pantai yang cantik di Indo-China ni!
#1 Kuang Si Waterfall
Terletak di: Luang Prabang, Laos
Memang cantik air terjun ni, kebiruan dan anda boleh bermandi manda di beberapa kolam di sana. Luang Prabang juga salah satu daripada Tapak Warisan UNESCO, menyimpan sejarah dan budaya Laos.
Kredit: Shutterstock
Kredit: Shutterstock
Ada banyak cara untuk ke sini seperti menyewa motosikal, menaiki tuk tuk, berkongsi van atau menggunakan bas.
#2 Marble Mountain
Terletak di: Da Nang, Vietnam
Merupakan 5 bukit batuan batu kapur dan marmar yang menyimpan berbagai rahsia. Di sini juga terletaknya gua di puncak untuk anda melihat pemandangan menakjubkan.
Kredit: Shutterstock
Kredit: Shutterstock
#3 My Son Sanctuary
Terletak di: Hoi An, Vietnam
Tinggalan kerajaan Champa di abad ke-2 hingga ke-15.
Kredit: Shutterstock
Kredit: Shutterstock
#4 Son Doong Cave
Terletak di: Phong Nha-Ke Bang National Park, Vietnam.
Anda yang nak gua terbesar di dunia ni bolehlah datang antara Februari hingga Ogos. Gua ini ditutup pada September ke Januari kerana kawasan ini ditutupi air dari sungai bawah tanah.
Kredit: Shutterstock
Kredit: Shutterstock
#5 Phare Circus
Terletak di: Siem Reap, Kemboja
Antara lokasi yang menjadi pilihan pelancong. Phare Circus bukan persembahan sarkas biasa tetapi menggabungkan elemen teater, muzik dan tarian dalam menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Kemboja.
Kredit: pharecambodiancircus/Instagram
Kredit: pharecambodiancircus/Instagram
#6 Inle Lake
Terletak di: Shan Hills, Myanmar
Sebuah perkampungan dan kebun terapung di atas tasik air tawar ke dua terbesar di Myanmar. Di atas tasik ni mereka bercucuk tanam dan urusan dilakukan menggunakan sampan. Paling cantik tentunya pemandangan matahari terbit dan terbenam serta keunikan cara nelayan menangkap ikan.
Kredit: Shutterstock
Kredit: Shutterstock
#7 Ben Thanh Market
Terletak di: Ho Chi Minh City, Vietnam
Untuk kaki shopping, anda boleh lakukan tawar menawar. Tetapi kenalah bijak meletakkan harga ya.
Kredit: Shutterstock
Kredit: Shutterstock
#8 Ha Long Bay
Terletak di: Quang Ninh, Vietnam
Lokasi penggambaran filem Hollywood seperti Kong: Skull Island, Pan dan James Bond: Tomorrow Never Dies.
Kredit: Shutterstock
Kredit: Shutterstock
Lebih menarik, AirAsia menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru ke Indo-China dengan harga serendah RM59* untuk ahli BIG. Jomlah tempah sekarang hingga 24 Mac dan terbang sehingga 31 Ogos 2019 ni.
Layari AirAsia untuk info lanjut!
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.