Los Angeles menjadi bandar utama yang pertama di Amerika Syarikat yang menawarkan ujian saringan koronavirus, COVID-19 secara percuma kepada semua penduduk.
Memetik laporan daripada CNN, Datuk Bandar, Eric Garcetti berkata mereka memiliki kemampuan untuk melakukan perkara tersebut.
Jumlah ujian yang dapat dilakukan oleh penduduk tidak terbatas, kata Garcetti.
Mereka yang diuji di laman ujian drive-thru biasanya dapat memperoleh hasil dalam 24 hingga 48 jam.
Mereka yang mempunyai gejala akan diberi keutamaan pertama, tetapi mendorong penduduk yang tidak mempunyai gejala turut membuat ujian saringan.
Menurut laporan daripada John Hopkins University Amerika Syarikat telah melaporkan jumlah 1,069,826 kes keseluruhan positif COVID-19 dan 63,006 kes kematian.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: CNN / John Hopkins University & Medicine
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.