Majikan yang memaksa pekerja untuk hadirkan diri ke pejabat jika tiada keperluan dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Lim Wei Jiet, tiada majikan yang bukan dalam kategori perkhidmatan penting boleh memaksa pekerja mereka untuk bekerja dalam keadaan yang bertentangan dengan apa yang digariskan dalam perintah yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sekiranya ada majikan yang bertindak sedemikian, pekerja terlibat boleh membuat laporan polis kerana ini merupakan satu kesalahan.
via GIPHY
Untuk perkembangan lebih lanjut tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: AWANI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.