Mesti rasa romantis gitu apabila pasangan genggam erat tangan kita. Lagi-lagi bila sudah lama berkahwin tetapi hubungan masih lagi erat dan tetap romantik.
Lain pasangan, lain genggamannya, ada yang genggam dengan penuh erat, ada yang sekadar hujung di kelingking sahaja. Nak tahu cara pasangan menggenggam erat tangan mempunyai makna yang begitu mendalam, malah dalam perhubungan kamu.
Cara 1
via GIPHY
Cara memegang erat tangan seperti ini menunjukkan yang dia jenis romantis. Mungkin agak old-fashioned tapi dia sememangnya sweet.
Cara 2
via GIPHY
Si dia seorang yang suka bergurau senda dan sangat menyenangkan. Malangnya dia tak berapa matang, jadi kamulah yang kena selalu pantau gerak-gerinya.
Cara 3
via GIPHY
Cengkaman interlocking ini menjadi simbol semangat dan hubungan yang kuat antara kamu berdua. Sekiranya kamu berdua berpegangan begitu, itu tandanya kamu mempunyai hubungan yang kuat dan kukuh, kamu rasa selesa dan selamat.
Namun, ini bukan petanda baik jika salah satu daripadanya memegang secara santai.
Cara 4
Cara ini biasanya jarang dilakukan oleh pasangan dan hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Tetapi jika dilakukan setiap hari, ini mungkin bermakna pasangan kamu memerlukan perlindungan, dan dengan cara ini membuatkan pasangan rasa lebih dekat lagi.
Cara 5
Kamu menggenggam dan memaut erat menunjukkan kamu serius dalam hubungan. Tapi cara ini juga bukan tanda yang positif, kamu seperti ingin memastikan semua orang tahu bahawa kamu sedang menjalin hubungan yang serius dan dia adalah milikmu, mungkin ada sedikit rasa insecure.
Cara 6
Kalau kedua-dua enggan berpegangan tangan, boleh jadi pasangan tidak saling menginginkan. Namun, ini juga dapat menunjukkan bahawa dia pemalu atau ingin menjaga hubungan. Jangan fikirkan yang bukan-bukan. tanyalah dia kenapa dia berbuat begitu.
Sumber: WANISTA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.