Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Bukan Cerita Dongeng! Tapi Manusia Boleh Jadi Batu Sebenarnya Jika Ada……

Disangka hanya berlaku dalam cerita dongeng tapi sebenarnya ada penyakit manusia dijadi seperti batu.
Editor
15 Nov 2020, 02:00 PM

Malaysia amat dikenali dengan cerita rakyat dan cerita dongeng orang zaman dahulu. Daripada cerita ini, kita dapat banyak pengajaran seperti hikayat Si Tanggang, seorang pemuda yang telah disumpah menjadi batu akibat derhaka kepada ibunya.

bukan cerita dongeng! tapi manusia boleh jadi batu sebenarnya jika ada……

Disangkakan ia hanyalah cerita dongeng semata-mata, namun, dalam dunia realiti, ada keadaan kesihatan yang mempunyai karakter yang hampir sama. Ini merupakan penyakit genetik apabila sel tisu badan akan perlahan-lahan digantikan dengan sel tulang.

Nama penyakit ini adalah Fibrodysplasia Ossificans Progressiva (FOP), ini bukanlah satu penyakit baharu. Penyakit ini bermula seawal kurun ke-17 namun hanya pada tahun 2006 saintis berjaya menemui maklumat genetik berkait dengannya.

bukan cerita dongeng! tapi manusia boleh jadi batu sebenarnya jika ada……

Seperti kebanyakan penyakit genetik, mereka yang menghidap masalah FOP lazimnya menunjukkan simptom ketika mereka bayi. Hampir separuh daripada mereka yang didiagnosis dengan masalah FOP mempunyai kecacatan pada tubuh terutamanya pada bahagian ibu jari tangan dan kaki.

Kadar pertumbuhan sel tulang tidak normal sekeras batu kebiasaannya berlaku pada bahagian leher dan bahu terlebih dahulu. Beberapa jenis simptom boleh dialami jika semakin lama individu menghidap masalah ini, seperti:

  1. Kecacatan atau percantuman pada struktur tulang belakang menyebabkan ruang pergerakan badan terhad.
  2. Masalah koordinasi dan keseimbangan badan boleh berlaku memandangkan kadar pergerakan terhad. Perkara ini meningkatkan risiko kecederaan.
  3. Sukar untuk makan menyebabkan masalah kekurangan nutrisi dan penurunan berat badan mendadak. Percakapan juga boleh menjadi semakin tidak jelas kerana sebahagian mulut menjadi keras seperti batu.
  4. Ketumbuhan tulang pada ruang dada boleh mempengaruhi fungsi peparu seterusnya meningkatkan risiko jangkitan dan kesukaran untuk bernafas.
  5. Tangan dan kaki boleh menjadi bengkak memandangkan pergerakan darah kembali ke jantung menjadi terhad akibat kekurangan sel otot.
  6. Segelintir pesakit boleh mengalami masalah pendengaran.

bukan cerita dongeng! tapi manusia boleh jadi batu sebenarnya jika ada……

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tisu/organ yang tidak mengalami pertumbuhan tulang seperti:

  1. Lidah
  2. Otot jantung
  3. Otot diafragma
  4. Otot pernafasan
  5. Otot extraokulus pada mata

Setakat ini, hanya lebih kurang 800 kes FOP telah disahkan di seluruh dunia. Faktor seperti jantina, bangsa dan etnik tidak mempunyai kaitan yang signifikan terhadap insiden berlakunya penyakit ini.

Sumber: Hello Doktor

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }