Ada satu kejadian di New Mexico, Amerika Syarikat, tiga individu dilaporkan maut dan seorang mengalami kecacatan penglihatan kekal selepas meminum cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).
Memetik laporan CNN, pegawai kesihatan mengatakan kematian itu dikaitkan dengan keracunan methanol.
Menurut Jabatan Kesihatan negeri, terdapat tiga lagi individu yang dipercayai meminum produk berkenaan sedang berada dalam keadaan kritikal.
Kejadian ini dianggap berhubung kait dengan alkoholisme.
Mei lalu, mereka telah dilaporkan kepada Kawalan Racun New Mexico selama beberapa minggu.
“Kesemua individu yang dipercayai meminum hand sanitizer mengandungi methanol,” menurut kata Jabatan Kesihatan dalam satu kenyataan.
Segelintir individu mengambil hand sanitizer berasaskan alcohol ini bertujuan untuk berkhayal.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.