Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Hampir Sedekad Tertangguh, NASA Dan SpaceX Teruskan Pelancaran Bersejarah Falcon 9

Kali terakhir NASA melancarkan angkasawan ke angkasa dengan roket baharu adalah pada 40 tahun.
Editor
31 May 2020, 02:42 PM

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) meneruskan kegemilangan penerbangan angkasa setelah hampir satu dekad tertangguh dengan pelancaran bersejarah roket Falcon 9 pada petang Sabtu.

hampir sedekad tertangguh, nasa dan spacex teruskan pelancaran bersejarah falcon 9

Pelancaran bersejarah itu merupakan kerjasama dengan syarikat roket swasta milik usahawan billionair Elon Musk, SpaceX itu menyaksikan dua angkasawan warga AS diterbangkan ke orbit dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida.

Falcon 9 dilancarkan pada jam 3.22 petang waktu tempatan itu membawa angkasawan Doug Hurley dan Bob Behnken di dalam kapsul Crew Dragon dalam perjalanan 19 jam ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Crew Dragon terpisah dari pelancar roket tahap dua pada jam 3.35 petang sebelum seminit kemudian memasuki orbit.

Terdahulu, percubaan pelancaran pertama misi sepatutnya dijadualkan pada Rabu, namun dibatalkan kurang 17 minit sebelum berlepas disebabkan cuaca buruk sebelum ditunda ke hari ini.

Pentadbir NASA, Jim Bridenstine berkata meneruskan semula misi menghantar angkasawan AS menggunakan roket buatan negara Uncle Sam itu merupakan keutamaan agensi itu.

“Saya menarik nafas lega, tetapi saya tidak akan meraikannya sehingga Bob dan Doug pulang dengan selamat,” ujarnya.

hampir sedekad tertangguh, nasa dan spacex teruskan pelancaran bersejarah falcon 9

hampir sedekad tertangguh, nasa dan spacex teruskan pelancaran bersejarah falcon 9

Bagi Elon Musk, pelancaran itu merupakan satu kejayaan baharu untuk roket yang boleh digunakan semula yang dipelopori syarikatnya bagi menjadikan penerbangan angkasa lebih murah dan kerap.

Ini juga menandakan kali pertama kenderaan ruang angkasa yang dikembangkan secara komersial yang dimiliki dan dikendalikan oleh entiti swasta dan bukannya NASA yang membawa warga AS ke orbit.

Kali terakhir NASA melancarkan angkasawan ke angkasa dengan roket baharu adalah pada 40 tahun lalu ketika permulaan program ulang-alik angkasa.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }