Saat yang dinantikan oleh pasukan Liverpool sudahpun tiba!
Hampir sebulan berakhirnya kemarau gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selama 30 tahun, nama Liverpool akhirnya terpahat juga pada trofi kebanggaan itu.
Pada Selasa pagi, Sky Sports menyiarkan sebuah video di Twitter, menunjukkan trofi tersebut telah diukir nama kelab The Reds.
Ukiran nama juara terdahulu turut kelihatan dengan nyata seperti Chelsea, Manchester City dan Manchester United.
Penantian selama 30 tahun itu ditamatkan selepas Liverpool merangkul gelaran juara EPL selepas Chelsea menewaskan Manchester City.
Anak buah Jurgen Klopp mengesahkan kejuaraan kali ke-19 buat kelab itu dengan berbaki tujuh perlawanan lagi musim ini selepas kekalahan penghuni tangga kedua, City menyaksikan mereka ketinggalan 23 mata.
Liverpool hanya dipisahkan dua mata bagi bergelar juara selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace di Anfield. Kali terakhir Liverpool merangkul gelaran juara pada musim 1989-1990.
Sumber: Mail Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.