Kredit gambar utama: Shutterstock
Jika di Mekah atau Madinah, sudah menjadi kebiasaan melihat wanita Muslim serata dunia bersolat dengan pakaian yang menggambarkan budaya masing-masing. Di Malaysia, ada sesetengah tempat yang pemandangan seperti ini adalah biasa di Masjid KLCC dan Masjid Negara terutamanya sepanjang Ramadan
Ada banyak versi pakaian solat yang dipakai wanita Islam. Paling penting, melalui pakaian ni pun kita dah boleh agak wanita-wanita ini berasal dari negara mana, kan?
#1 Mukena
Kredit: Gudang-mukena
Sama je dengan telekung yang selalu kita pakai, bezanya orang Indonesia memanggilnya dengan nama mukena. Berbeza dengan telekung Malaysia, mukena yang dipakai orang Indonesia ini sarat dengan perincian. Berenda, beropol-ropol dengan sulaman tangan. Cantik dengan kainnya yang berwarna warni. Mereka cukup berani menggayakan telekung dengan corak bunga timbul atau padat bercorak. Satu lagi bezanya adalah pada patern atas kepala yang agak longgar berbanding telekung yang dihasilkan di Malaysia.
#2 Chador
Kredit: Shutterstock
Sejenis kain lebar dan labuh yang dipakai kebanyakan wanita Iran, Pakistan dan India. Walaupun chador merupakan pakaian harian, wanita-wanita ini mempunyai chador khas yang dipakai hanya untuk solat. Chador kebiasaannya dipadankan dengan maghneh scarf.
#3 Pakaian Solat Style Khimar Atau Abaya
Kredit: Shutterstock
Kebanyakan wanita Timur Tengah memakai pakaian solat seperti ini. Rupanya seakan jubah labuh yang disambung dengan tudung atau Khimar yang dipadan dengan skirt labuh boleh regang. Ada juga yang lebih selesa memakai abaya atau jubah hitam bersama hijab untuk bersolat.
#4 Shalwar Kameez & Dupatta
Kredit: blog.allisonjoyce.com
Pakaian ini merupakan pakaian tradisi wanita Pakistan dan India. Shalwar kameez merupakan seluar longgar yang dipakai dengan baju berlengan panjang. Wanita pula akan mengenakan dupatta atau selendang untuk menutupi kepala ketika bersolat.
#5 Telekung
Telekung yang dipakai wanita Islam di Malaysia tak banyak bezanya dengan mukena. Paling ketara adalah bentuk muka dan corak yang digunakan. Di Malaysia, masih ramai yang memilih telekung yang tidak terlalu sarat dengan corak dan lebih modest serta minimalis. Paling penting, telekung yang dipilih selesa, tidak panas dan mampu menjaga aurat sepanjang beribadat terutama di bulan Ramadan. Jika kita selesa, barulah boleh melakukan ibadat lebih khusyuk.
Jika anda masih tercari-cari telekung yang selesa, Telekung Siti Khadijah adalah jawapannya. Telekung ni bukan sahaja mempunyai awning di dahi, bahagian anak telekung juga melekat di bahagian dalam selain mempunyai bahagian dagu yang lebih selesa dan lebar. Pendek kata anda tak perlu menyarung tudung lain atau anak tudung lagi. Memang mudah dan selesa.
Sempena Ramadan ni, Siti Khadijah ada promosi “Road to Ramadan” yang berlangsung mulai 26 April hingga 6 Mei. Sepanjang tempoh ini, anda bolehlah membuat pre-order produk Siti Khadijah. Bukan sahaja telekung dewasa, telekung kanak-kanak dari koleksi Telekung Hana pun ada... Kolaborasi Telekung Siti Khadijah dengan siri animasi Omar & Hana. Ada pilihan warna putih dan biru yang ceria dan cantik. Lagi bersemangat si cilik anda belajar bersolat.
Nak telekung dewasa dan telekung kanak-kanak? Promosi “Road to Ramadan” menawarkan 2 kombo set telekung dewasa dan kanak-kanak yang menarik. Anda boleh pilih antara Kombo 1 yang terdiri daripada Telekung Basic Kain dan Telekung Hana Biru atau kombo 2 yang terdiri daripada Telekung Basic Kain dan Telekung Hana Putih.
Nak beli berasingan pun boleh. Hanya RM189 untuk Telekung SLE dan RM99 sepasang untuk Telekung Hana. Anak-anak yang nak dapatkan beg mini Omar & Hana pun ada, RM34.90 je.
Nak lagi best? Untuk pembelian kombo 1 dan 2 ini, anda berpeluang membawa pulang hadiah istimewa Telekung Siti Khadijah dan untuk pembelian RM300 dan ke atas, anda layak menyertai cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah utama berupa pakej umrah untuk 2 orang yang bernilai RM6,000 seorang.
Memang berbaloilah! Layari website dan Facebook Telekung Siti Khadijah untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.