Kredit gambar utama: Mitsubishi Motors Malaysia – Official/Facebook
Siapa kata kereta besar hanya untuk mereka yang telah berkeluarga? Orang bujang pun perlukan kereta besar, senang nak bawa kawan-kawan dan saudara mara bercuti. Selain keluasan, anda tentunya lebih tertarik pada kenderaan selesa dan punyai ciri-ciri keselamatan seperti kenderaan model Mitsubishi.
Jom rasai sendiri pengalaman memandu mana-mana kenderaaan Mitsubishi seperti model terbaharu Outlander SUV, Trak pick up Triton atau ASX Compact SUV. Anda bukan sahaja akan jatuh cinta pandang pertama, tetapi berpeluang sertai peraduan yang menjanjikan hadiah utama berupa wang tunai RM10,000.
Jom serbu bilik pameran Mitsubishi berhampiran dan lakukan 4 langkah mudah ni!
- Isi borang peraduan sebelum pandu uji mana-mana model Mitsubishi sepanjang peraduan berlangsung antara 10 Januari hingga 14 Februari.
- Rakam video pendek berdurasi 30 saat tentang pengalaman anda memandu Mitsubishi dan 1 perkataan untuk menggambarkan pengalaman ini.
- Post video pendek di Facebook atau Instagram yang diset dalam tetapan umum bersama hashtag #Mitsubishi4Me.
- SATU pemenang bertuah akan dipilih Mitsubishi untuk membawa pulang wang tunai RM10 ribu.
Jika anda masih tercari-cari kereta yang mampu memuatkan ramai penumpang, model Mitsubishi Outlander 2.0 L dan 2.4L adalah jawapannya. Inilah 8 sebab mengapa anda akan jatuh cinta dengan model ini:
#1 Menjimatkan bahan api dan dilengkapi sistem bantuan parkir elektronik. Bolehlah parkir macam pro. Kalau letih memandu, ada fungsi Rest Reminder yang ingatkan anda untuk berehat.
via GIPHY
#2 Keselamatan memang tip top. Ada tujuh beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek, Kestabilan Aktif dan Kawalan Cengkaman (ASTC), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan ISOFIX.
#3 Dilengkapi perakam video digital (dashcam) dan lapisan filem solar keselamatan untuk semua cermin tingkap. Enjin juga boleh dihidupkan dengan butang push start, tak perlu kunci pun.
#4 Pendingin hawa dwi-zon, guna jari je di skrin HD tujuh inci untuk layan lagu, berita dan filem, lengkap dengan fungsi Apple CarPlay serta fungsi Air Gesture Control lagi.
#5 Nak nampak mewah? Bumbung mentari Sunroof, pintu belakang elektrik (Electric Tailgate) dengan ciri-ciri anti-sepit, Lampu Depan LED dengan lampu pemanduan siang (Daytime Running Lights DRL).
#6 Lampu lantai akan menyala jika pintu dibuka pada waktu malam. Menambahkan kecanggihan SUV berkenaan adalah pintu kelimanya boleh ditutup secara automatik apabila suisnya ditekan.
via GIPHY
#7 Didatangkan dengan sistem 4WD pintar sebagai standard, sistem Multi-Select 4WD dengan tiga pilihan mod iaitu 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock menjadikannya sesuai untuk semua keadaan jalan dan laluan termasuk off-road.
#8 Paling best, hanya dengan pandu uji Mitsubishi Outlander, kenderaan jenis SUV tujuh tempat duduk dengan enjin 2.0 liter dan 2.4 liter MIVEC dijual dengan harga maksima RM155K, anda berpeluang bawa balik wang tunai bernilai RM10K!
via GIPHY
Lihat sahaja pengalaman Nana Mahazan sekeluarga bercuti ke Lost World Of Tambun dengan menaiki Mitsubishi Outlander dalam video ni. Memang selesa dan berbaloi!
Nak tengok video penuh? Klik sini.
Layari http://mitsubishi-motors.com.my/outlander#features untuk maklumat lanjut! Jika anda inginkan info tentang peraduan, layari www.XperienceMitsubishi.com.my.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.