Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Dah Lama Tak BerBBQ Dengan Keluarga? Ni Panduan Mudah Nak Nikmati BBQ Di Rumah!

Tak perlu serabut, ikut saja panduan ni kalau mengidam nak makan barbeku.
Dayana Sobri
04 Oct 2021, 05:11 PM

dah lama tak berbbq dengan keluarga? ni panduan mudah nak nikmati bbq di rumah!

Kredit: Kireyonok_Yuliya/Freepik.com

Setelah sekian lamanya kita berkurung di rumah, akhirnya dapat juga hembuskan nafas lega bila kelonggaran diberikan di mana kita dibenarkan dine-in.

Buat para penggemar makanan barbeku, tentunya anda sekeluarga dah lama mengidam tapi tak kesampaian sebab larangan dine-in. Dan walaupun sekarang dine-in dah dibenarkan, mungkin rasanya tak begitu seronok kerana setiap meja tak boleh diduduki beramai-ramai.

Apa kata anda sekeluarga nikmati sesi barbeku sendiri di rumah dengan selesa dan selamat? Ikuti panduan mudah ni untuk membuat persiapan menu barbeku grill:

#1 Potluck agar anda tak rasa terlalu penat dan tak menang tangan 

Kalau anda cadang nak jemput ahli keluarga yang tak tinggal serumah, buatlah potluck supaya anda tak rasa terlalu penat bila nak buat persiapan dan tak menang tangan nak layan mulut-mulut yang ada. Minta mereka bawa hidangan seperti pemanis mulut atau pembuka selera.

Untuk ahli keluarga yang tinggal serumah pulak, agihkan tugas mengikut kesesuaian, contohnya tugas mak ialah perap bahan makanan, tugas ayah panggang daging, adik susun sos-sos yang ada, abang basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya.

#2 Letak tong sampah dan tisu berdekatan dengan meja makan

Bila dah kekenyangan macam ular sawa, mesti rasa malas nak kemas-kemas. Kalau tak nak rasa penat, pastikan anda letak tong sampah dan tisu berdekatan dengan meja makan agar para tetamu dengan mudah boleh terus buang sampah dan lap pinggan (atau buang pinggan mangkuk kertas). Dengan ini takdelah sisa-sisa makanan jatuh ke lantai.

#3 Guna cawan kertas pakai buang dan tulis nama para tetamu 

Walaupun kita dah diberi kelonggaran dalam pergerakan kita, ia tak bermakna kita dah merdeka dan selamat dari pandemik Covid-19. Jadi untuk keselamatan dan kesihatan semua orang, guna saja cawan kertas pakai buang dan tulis nama para tetamu pada setiap cawan agar tak tertukar atau terminum air orang lain, yang boleh meningkatkan jangkitan.

Bukan itu saja, dengan menulis nama pada cawan, anda tak akan kehilangan cawan dan seterusnya mengambil cawan baru yang hanya menyebabkan pembaziran.

#4 Guna gril elektrik yang lebih mudah dibersihkan berbanding arang 

Sesi barbeku menggunakan arang sememangnya lebih cepat masak dan jimat elektrik, namun ia juga menyebabkan pencemaran udara dan mudah kotor sebab bekas-bekas arang yang berterbangan sukar untuk dibersihkan dan mengambil masa yang lama. Sekurang-kurangnya gril elektrik membolehkan anda menikmati sesi barbeku dalam rumah dengan selesa tanpa mengotorkan ruang.

#5 Jimat masa dengan membeli bahan-bahan barbeku yang dah siap diperap 

Anda tentunya sedia maklum yang kebanyakan pasaraya dan kedai runcit tani ada menawarkan bahan-bahan makanan barbeku yang dah siap diperap dalam pelbagai jenis sos, contohnya seperti kepak ayam dalam perapan sos black pepper, daging kambing, dan sebagainya. Jimatkan masa dan tenaga anda dengan membeli bahan-bahan barbeku yang dah siap diperap (lagi lama perap makin sedap tau!). Dengan itu anda boleh uruskan persiapan yang lain.

Dapatkan bahan-bahan barbeku dan barangan keperluan rumah pada harga istimewa dengan Kupon Ceria Harian Lotus’s! 

dah lama tak berbbq dengan keluarga? ni panduan mudah nak nikmati bbq di rumah!

Kredit: Lotus’s’s MY

Nak menikmati sesi barbeku yang lazat di rumah tak semestinya kena berbelanja besar. Kalau anda membeli barangan dapur di Lotus’s, dapatkan lebih penjimatan dengan Kupon Ceria Harian Lotus’s yang ditawarkan sekarang! Jom dapatkan kupon yang ada dari 4 Oktober hingga 8 Oktober ni:

Promosi Hari Isnin, 4 Oktober 

  • Diskaun RM5 dengan setiap pembelian produk Kellogg’s bernilai RM25 dan ke atas.
  • Rebat bernilai RM20 dengan pembelian perkakas dapur atau barangan penjagaan diri jenama Phillips berharga RM200 dan ke atas.
  • Diskaun RM3 dengan pembelian berjumlah RM20 untuk rangkaian roti.

Promosi Hari Selasa, 5 Oktober

  • Beli 1 percuma 1 produk biskut Hwa Tai Luxury 223gm.
  • Diskaun RM10 dengan sebarang pembelian produk Scotch Brite bernilai RM80 dan ke atas.
  • Diskaun RM5 bagi pembelian produk makanan laut berjumlah RM40.

Promosi Hari Rabu, 6 Oktober 

  • Diskaun RM3 dengan sebarang pembelian produk jenama Shieldtox, Air Wick, dan Vanish bernilai RM30 dan ke atas.
  • Diskaun RM3 dengan sebarang pembelian produk Dettol bernilai RM30 dan ke atas.
  • Diskaun RM3 untuk pembelian ais krim berjumlah RM25.

Promosi Hari Khamis, 7 Oktober

  • Diskaun RM3 dengan sebarang pembelian produk jenama Glo, Softlan, dan Ajax bernilai RM15 dan ke atas.
  • Diskaun RM3 dengan sebarang pembelian produk Sunsilk bernilai RM30 dan ke atas.
  • Diskaun RM20 untuk pembelian berjumlah RM100 (*terhad untuk 5,000 orang pelanggan pertama).

Promosi Hari Jumaat, 8 Oktober 

  • Diskaun RM2 dengan sebarang pembelian produk Breeze bernilai RM40 dan ke atas.
  • Diskaun RM5 dengan sebarang pembelian produk Colgate bernilai RM25 ke atas.
  • Diskaun RM3 dengan sebarang pembelian produk syampu atau mandian jenama Safi bernilai RM25 ke atas.

Standby pada minggu pertama bulan Oktober ni ya kalau nak dapatkan penjimatan berganda di Lotus’s! Tiga keping kupon akan dikeluarkan setiap hari di laman web SINAR dan juga FB SINAR mulai 4 hingga 8 Oktober.

Cepat save dan muat turun kupon yang ada dan gunakannya di mana-mana cawangan Lotus’s terdekat. Masa nak bayar nanti tunjukkan kupon yang dimuat turun dalam fon anda kepada juruwang di kaunter bayaran. Pastikan anda guna kupon ni sebelum 24 Oktober 2021 ya!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.