Jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Dewan Rakyat, hukuman berat bakal menanti pemandu mabuk iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata mereka yang telah disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh digantung lesen sehingga 20 tahun.
"Kita sudah mencadangkan kadar penjara maksimum dengan pindaan 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun bagi kesalahan berikutnya.
"Kadar denda dicadangkan dinaikkan maksimum RM20,000 sekarang kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua boleh dikenakan denda RM150,000.
"Tempoh penggantungan lesen juga dicadang dinaikkan dari 10 tahun kepada 20 tahun," katanya.
Pindaan terhadap Akta 333 adalah bukti bahawa kerajaan mengambil serius dalam menangani isu pemandu mabuk, termasuklah kes yang menyebabkan kematian, kata Ka Siong.
"Amaran kita, kalau sudah mabuk dan mengambil alkohol jangan memandu. Kita tak cabuli hak orang ramai, ini bagi mereka yang minum, kalau minum jangan bawa (kenderaan)," tambahnya.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.