Seorang pemilik kafe di England memasang tirai di setiap meja di kafenya bagi memerangi penularan wabak COVID-19.
Francini Osorio memiliki Francini Café De Colombia di Worcester, England. Dia berharap idea ini dapat memberi inspirasi kepada peniaga lain yang ingin membuka semula kedai mereka ekoran dengan keadaan yang tidak menentu selama beberapa bulan.
Kafe tersebut mengamalkan penjarakan sosial dengan menggunakan 30 tirai bilik mandi sebagai pemisah antara setiap meja.
Ia merupakan fasa percubaan ketika ‘perintah berkurung’ yang dilaksanakan di negara itu.
Menurut Francini yang berasal dari Colombia berkata, idea ini adalah untuk menyatukan orang ramai tetapi dipisahkan dengan tirai.
Francini merancang untuk menggunakan alat pembersih udara dalam usaha melindungi pelanggan di kafenya, yang mula beroperasi sejak tahun 2015.
Menurut Francini, dia akan menyediakan sarung tangan dan menggalakkan pelanggan membawa topeng muka mereka sendiri.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.