Penggambaran filem, drama, iklan dan sebagainya dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun ini.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun setiap penggambaran perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
SOP yang dimaksudkan adalah memastikan penjarakan sosial dan kebersihan diri.
"Sebelum ini saya telah maklumkan bahawa mesyuarat memutuskan untuk membenarkan penggambaran filem, iklan, drama dan sebagainya.
"Saya sebutkan waktu itu, ia boleh bermula selepas Raya. Maka hari ini kita putuskan ia boleh memulakan operasi bermula 10 Jun. Namun aktiviti penggambaran mesti patuhi SOP diputuskan dalam mesyuarat terutama memastikan penjarakan sosial dan tidak memulakan perhimpunan yang ramai dan sebagainya," ujarnya dalam sidang media harian pada Selasa.
Keputusan tersebut dilakukan selepas mendapat pandangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.