Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula pada hari Rabu ini iaitu 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh Malaysia.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perintah kawalan tersebut dilakukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.
“Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 pada Isnin malam.
Beliau juga berkata, tindakan ini diambil kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
“Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing.
“Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai.
“Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa,” tambahnya.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh layari page Kami Care.
Sumber: Astro AWANI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.