Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya mengeluarkan kenyataan bahawa jabatannya akan menganjurkan solat hajat di semua masjid utama yang berada di bawah pentadbirannya mulai semalam.
Tujuan solat hajat itu dianjurkan adalah untuk memohon kepada Allah SWT supaya diberikan pentujuk dan hidayah kepada politik negara untuk kembali stabil semula. Selain itu, solat hajat ini bertujuan untuk mendoakan agar keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia terjamin.
Sejak semalam, Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mengadakan solat hajat sejurus dengan solat fardhu Zohor. Selain itu, Ketua Pengarah JAKIM juga menyeru semua masjid di bawah Jabatan dan Agama Islam Negeri-Negeri untuk bekerjasama menganjurkan solat hajat.
Sumber: Facebook JAKIM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.