Sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019, PDRM (Polis Diraja Malaysia) memberi tawaran potongan sehingga 50 peratus kepada pelbagai jenis saman trafik yang layak.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, sisten Komisioner Afzanizar Ahmad - enam kaunter disediakan untuk orang awam membuat semakan dan bayaran saman bermula jam 8 pagi hingga 6 petang pada 3 dan 4 Ogos di Dataran Pahlawan.
Namun begitu, terdapat beberapa jenis saman yang tidak boleh diberikan potongan seperti saman kamalangan. saman berstatus NC No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan.
Tiada jalan yang akan ditutup pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Sabtu ini.
Sumber Harian Metro.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.