Sosial media merupakan antara platform yang digunakan orang ramai untuk berkongsi dan juga meluahkan apa yang terbuku di hati melalui pelbagai cara.
Paling popular adalah dengan menggunakan quote yang penuh dengan mesej tertentu, sama ada ia melibatkan kehidupan, kegembiraan, kesedihan, kekeluargaan, percintaan, persahabatan, masa depan, perkahwinan dan perpisahan.
Adakah perkongsian quote ini benar-benar menggambarkan isi hati yang terpendam seseorang ketika itu?
Manusia secara keseluruhannya mungkin sukar untuk menyampaikan sesuatu menerusi kata-kata secara face to face, tetapi dengan quote yang ringkas ia sedikit sebanyak menjelaskan apa yang tersirat dalam hati.
Mereka yang menggunakan quote akan berkongsi kata-kata yang sesuai dengan isi hati mereka di akaun sosial media, yang mana ramai rakan-rakan dan ahli keluarga mengikuti mereka di sosial media tersebut.
Dengan quote dan mesej bergambar, ia adalah cara terbaik untuk memulakan topik komunikasi bersama orang sekeliling.
Jika anda hilang komunikasi bersama seseorang, cuba lihat quote yang mereka kongsikan di sosial media, mungkin itu yang sedang dialami oleh mereka ketika itu.
Tegur dan mulakan perbualan dengan mereka, mungkin ketika itu mereka perlukan seseorang untuk berbual dan mendengar isi hati mereka.
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.