Kredit: Shutterstock, edit: SINAR
Masih ada yang beranggapan produk import itu jauh lebih berkualiti dan bagus daripada produk tempatan? Dalam sesetengah keadaan, bukan kualiti menjadi pertimbangan tetapi produk import dianggap sebagai lambang status si pemakai. Tidak hairanlah ada yang memilih menggayakan barangan palsu daripada jenama import dan tak kurang juga yang sanggup menabung untuk mendapatkan barangan idaman.
Tidak perlu sampai begitu....
Produk tempatan pun tak kurang hebatnya. Bukan sahaja kualiti ‘tip top’ tetapi dikenali di serata dunia. Sehingga ramai yang tidak tahu, sesetengah produk terkenal ini sebenarnya barangan buatan Malaysia.
#1 Getha
Pengeluar utama tilam dan produk kelengkapan berasaskan getah semulajadi di Malaysia yang telah mula bertapak lebih 50 tahun. Ibu pejabatnya terletak di Kajang. Produk Getha dihasilkan menggunakan 100 peratus getah semulajadi Malaysia yang berkualiti tinggi.
Dengan kualiti terbaik, jenama Getha diterima baik untuk pasaran luar negara. Dan sehingga kini telah dipasarkan di lebih 25 buah negara. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai yang menganggapnya produk import.
#2 Khind
Anda kenal dengan produk elektrik jenama Khind? Jenama ini bukan import ya, inilah barangan buatan Malaysia. Kualiti dan rekaannya setanding dengan produk keluaran luar negara.
Menjadi antara pengeluar barangan elektrik dan elektronik terbesar di Malaysia, Khind kini berbangga dengan lebih 350 barisan produk keluarannya yang mendapat tempat di lebih 50 buah negara termasuk di Timur Tengah, Afrika, negara ASEAN, Eropah dan Benua India.
#3 Fipper
Zaman sekarang ni, rekaan yang simple, selesa dan nice memang menjadi pilihan. Sama macam selipar Fipper. Ramai yang mungkin beranggapan selipar ini berada di bawah bumbung yang sama dengan Roxy, Havaianas atau Ipanema.
Tetapi tahukah anda selipar yang diperbuat daripada getah dan mempunyai logo gajah ini ini diasaskan oleh Jack Lim pada tahun 2008? Fipper telah berkembang luas dan memasuki pasaran antarabangsa termasuk Singapura, Jepun, Kemboja dan Indonesia. Tak perlu tunggu pergi bercuti, rekaannya moden dan sesuai untuk aktiviti harian.
#4 Padini
Ada banyak rekaan pakaian dan aksesori menarik dan trendy di Padini ni kan? Rekaannya memang moden,jadi tak hairanlah jika ramai menganggapnya keluaran luar negara. Paling penting, selain kualiti terjaga, harga barangan di Padini ni memang mampu milik.
#5 Ogawa
Ogawa yang bermasuksud sungai dalam bahasa Jepun ini terkenal dengan produk kerusi urut. Jenama ni menggunakan bahasa Jepun, jadi sudah tentu sehingga tiada yang sangka ianya adalah jenama Malaysia. Pengasasnya ialah Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian (rakyat Malaysia) yang telah mencipta jenama ni sejak tahun 1996 hinggalah ianya dikenali umum hingga ke hari ini.
Ha, hebat kan produk Malaysia ni?
Ini baru sikit, ada banyak lagi produk tempatan yang hebat-hebat tau! Jika orang luar pun menghargai barangan buatan Malaysia, mengapa tidak kita? Jadi, kenapa kita hendak membeli produk import sedangkan Malaysia mempunyai deretan produk terbaik dengan kualiti setaraf antarabangsa.
Atas sebab itu, Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dilancarkan bagi bantu lonjak ekonomi negara. Barangan buatan Malaysia ni bukan je beri anda lebih nilai tetapi pada masa sama dapat membantu pengusaha tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengembangkan perniagaan.
Upin Ipin pun beli produk buatan Malaysia tau. Tengok je la video-video ni:
Ayuh ‘berbelanjalah untuk Malaysia’ untuk menggalakkan ekonomi negara! Kalau bukan kita, siapa lagi? Jadilah rakyat yang berbangga dengan produk kita. #barangbaikbarangkita
Layari www.facebook.com/mykpdnhep untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.