Dengan banyak negara yang masih melaksanakan perintah berkurung, ada di antara kita menggunakan waktu ini melakukan projek DIY di sekitar rumah.
Namun, Kelly Graham berkongsi gambar-gambar hasil projek lantai mozek yang dia sendiri lakukan pada tahun 2015 masih kelihatan cantik.
Menurut Graham, dia berkata dia tidak tahu apa yang dia harus lakukan sehingga dia mencari beberapa tutorial di Youtube dalam melakukan projek ini.
“Saya mulakan projek ini dengan memisahkan wang syiling yang lama dan baru menjadi timbunan yang berbeza dan yang sederhana akan menentukan pengisi antara garis mozek.
“Saya menggunakan kira-kira 7,500 wang syiling untuk menyelesaikan kawasan seluas 6 × 6 kaki ini.”
Bila dia ditanya bagaimana orang respon akan hasil kerjanya, Graham melaporkan bahawa respons yang sering didapati sangat positif dan ramai yang memuji atas ideanya.
Setelah Graham berkongsi hasil kerjanya itu, ia menjadi viral.
Sumber: Bored Panda
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.